Thursday 17 December 2015

Final Projct in progress

8:13 pm - Kami masih setia berada di kampus menyiapkan final projek kami, apa-apa pon selfie first HEHE

Kereta oh kereta

Malang tak berbau betul *_*`

Kereta buat hal hmm bateri kong ! Cerita dia lepas beli barang2 sekolah HAHA beli cat, pensil semua bagai pas tu tetiba tngok kete xboleh start, rupa-rupanya prob bateri, terbang pitih ku HUWAAAA terpaksa cari kedai pulak settle kan baby green aku ni .

Nasi Kak Wok

Makan untuk kelangsungan  hidup HAHA
Lepas class petang tadi teruss pegi makan nasi ni sebab sedap sangat dan murah ok, 4.50 je sebungkus HEHE

Wednesday 16 December 2015

Last Briefing before presentation

Nebesss sis nak present selasa ni untuk 'figure drawing'

Mr.M tengah bagi tips2 nak lulus, huuuu wish me luck gaiss

Wednesday 9 December 2015

WereLeopard akhirnya dapat cop juga dari Mr.M . .. huwaaa terharuuu

Ini aku buat bahagian front baru, so ada lagi kena buat side pulak aduhhhh matilanak HAHA tapi xpe insya Allah bole buat hehe ✌

Wednesday 25 November 2015

Bertungkus lumus lukis poster Mr.M , semua sibuk je yang belakang tu. Rilex guys jangan stress stress ��

Makan makan

Lepas penat seharian kat campus, now time tu makann hehe ni la bebudak classmate aku, ala ala reunion la kot ��, semua muka penat n kelaparan

Wednesday 11 November 2015

Selfie of the day !

Morninggg . .. kita selfie sikit berlatar belakangkan muka2 orang focus buat drawing sebab dah start buat final projek untuk class figure ni HEHE

Sunday 18 October 2015

Hip Hip Horayyy

Selepas penat lelah kitaorang pusing2 satu zoo negara ni, masa untuk pulanggg ! Tapi yang sampai melompat-lompat ni sebab esok class hari Jumaat kitaorang cancelllll, tu yang excited lebih HEHE Thank you Mr.M  bagi kitaorang cuti, dia sangat memahami yang student dia penat pusing zoo negara ;p

Sejenis bintang yang sempat aku tangkap gambar ! Hehe Mesti korang pelik kan kenapa lecturer kitaorang bawa datang zoo, student universiti pulak tu, bukannya sebgai volunteer ke apa ke kan ! Haa sebenarnya macam ni, kitaorang datang zoo sebab kena lukis haiwan2 yang ada kat sini, untuk dapatkan 'gesture drawing' haiwan tersebut atau bentuk haiwan tu secara spontann OK !  Ingat senang?? Dah la binatang tu bergerak-gerak, susah juga tau, dan DILARANG sama sekali untuk tangkap gambar n lukis!! Amboih ingat senang nak buat MARKAH HAHAHA

Selfie session with gegirll :P , penat sebenarnya jenjalan kat dalam zoo negara ni, besar dan luas, so kita berhenti rehat jap!

Haaa, sebenarnya kitaorang bukan pergi berlima or berenam je HEHE satu bas kita angkut datang zoo negara ni, before masuk kena briefing dulu, yang pakai 'cap' tu lecturer kitaorang Mr.M yang macho Ok :p ! Macam2 taklimat dan AMARAN kitorg dpt antaranya :-
1. Jangan kejar bangau
2. Jangan masuk kandang lembu
3. Jangan mandi dalam tasik zoo
HAHAHAHAHA ����
Tu yang kitaorang dapat utk sesi taklimat pagi tu . .. ;p

Thursday 15 October 2015

''Zoo Negara Visit''

Assalamualaikum,

TAadaaa . ...my kind of date today with girlprend, harini semangat bangun pagi sebab nak melawat zoo, first time masuk Zoo Negara sepanjang berumur 21 tahun ! HAHA kesian kan �� , bangun punya la awal tapi in the end lambat juga sampai, perempuan kalau bersiap mmg amik masa, gituuu . ..

Sunday 4 October 2015

'Gesture Drawing'

Mesti korang tertanya tanya apa tu 'Gesture Drawing' kan, sini aku terangkan  iaitu Lukisan isyarat dalam satu tindakan, bentuk, Keadaan biasa melibatkan artis/pelukis melukis pose diambil oleh model dalam jumlah yang singkat, dan cepat dalam beberapa saat contoh 30 saat, atau 2 minit, tu je harap faham la HEHE

Tunggu post yang seterusnya nanti . .. ;)

Wednesday 30 September 2015

Pameran Solo di Galeri PETRONAS

Sabtu yang lepas, aku pergi Galeri PETRONAS untuk apa? Untuk . .. menambah ilmu hehe MELUKIS la, apa jenis lukisa yang ada, kebetulan waktu ada 34 karya Rainaldi yang dipamerkan, karya beliau mmg nampak aneh tapi ada makna yang tertentu, kalau xde makna xkan nak buat penat2 kan ��

Hasil karya beliau juga menggabungkan penggunaan gangsa dan emas dalam arca beliau . .. ni aku tunjuk ada beberapa jenis karya beliauu, tengok la . ..

Tuesday 29 September 2015

                     
              Barang-barang keperluan Mr.M

Tadaaa . .. ni haa baru nak post barang2 keperluan figure design untuk sem ni, ni pon ada barang yang x cukup lagi sebab dah habis stok, *nampaksangatlaku 😄, barang yang aku beli petang tu adalah :-
- A3 layout pad
- charcoal stick Medium
- charcoal Hard & Medium
 . ... harga lupa la pulak berapa HAHA, semua barang2 ni untuk sem 3 melukis and so on lahh . .. tu ada yang x beli lagi, best lukis2 ni tak stress dan kita bole cuba somting yang baru dlm lukisan ni 😉

Wednesday 16 September 2015


My first day class, selepas 3 bulan "honeymoon" hoho  ! The figure design class paling sempoi, " belajar tanpa stress" tu perasaan aku bila masuk kelas ni, Mr M nama glamer lecturer aku, khusyuk dia mengajar student2 dia even dia selalu cakap "kamu teruk" HAHAHA 😂 tapi maksud dia berlawanan, gituuu HAHA